Pang mula tugas wakil rakyat dengan santuni masyarakat KKB

HULU SELANGOR – ADUN Kuala Kubu Baharu, Pang Sock Tao yang diumumkan memang malam tadi, memulakan tugasnya sebagai wakil rakyat baharu dengan bertemu masyarakat di Pasar Rasa, dekat sini.

Kehadiran Sock Tao, bersama suami Yap Bing Yew, 32, kira-kira jam 9 pagi ini disambut orang ramai yang berada di situ.

Beliau meluangkan masa hampir setengah jam bertemu penduduk bagi menyampaikan penghargaan dan memberikan kuntuman bunga sempena Hari Ibu kepada golongan wanita yang berada di pasar berkenaan.

Hari Ibu disambut pada 12 Mei setiap tahun.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau seterusnya bergerak ke Pasar Awam KKB bertemu masyarakat untuk mengucapkan terima kasih.

Sock Tao ketika ditemui media selepas itu berkata, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri akan mula dibuka Selasa ini, selain meluahkan keterujaannya untuk berkhidmat kepada warga KKB.

“Saya akan mendahulukan masalah tempatan yang mempengaruhi penduduk seperti lampu jalan dan longkang. Saya akan bekerjasama dengan Malis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) untuk selesaikan masalah tempatan dahulu.

“Untuk jangka masa panjang seperti dinyatakan dalam manifesto, saya akan berusaha meningkatkan kelajuan dan liputan internet serta menaik taraf sistem pengangkutan dengan mewujudkan bas pelancongan pada hujung minggu,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 undi menewaskan tiga pencabarnya Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas). – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *