BERITA UTAMA

KPT mahu siasatan terperinci kebakaran asrama UniMAP

KANGAR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahu siasatan terperinci dilakukan terhadap kejadian kebakaran yang berlaku di di aras bawah Blok B, Kompleks Perumahan Pauh Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Arau, awal pagi Sabtu.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir memaklumkan, kementerian juga akan menyalurkan bantuan sewajarkan kepada UniMAP susulan insiden itu.

“Semoga semua yang terlibat tabah dan KPT akan memastikan segala perkara berkaitan akan diberi perhatian sewajarnya,” katanya menerusi hantaran Facebooknya malam tadi.

Pada Sabtu, media melaporkan sebanyak 26 motosikal musnah dan 10 lagi mengalami kerosakan kecil selepas kawasan parkir asrama lelaki UniMAP di Pauh, Arau terbakar awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Arau, Supt Ahmad Mohsin Md Rodi dipetik sebagai berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 4.43 pagi.

Zambry berkata, beliau juga dimaklumkan bantuan segera telah diberikan oleh UniMAP bagi tujuan kebajikan dan penempatan sementara kepada pelajar yang terlibat, termasuk dari segi urusan barangan keperluan dan makanan.

“Bangunan yang menempatkan asrama pelajar ini telah dikosongkan dan UniMAP telah mengambil langkah-langkah awal bagi memastikan keselamatan pelajar diberi keutamaan,” katanya.

Beliau juga menasihatkan semua pelajar yang terlibat supaya sentiasa berhubung dan mendapatkan maklumat terkini daripada universiti. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *