BERITA UTAMA

Itu semua tak betul, perbuatan Amy keterlaluan – Din

KUALA LUMPUR – “Saya akan jelaskan segala-galanya selepas Konsert Search Gemuruh di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Jun depan.”

Itu janji pemain gitar Search, Din berhubung isu membabitkan pembayaran royalti penjualan album Rockology Search: Kid’Din Collection seperti yang dibangkitkan vokalis kumpulan rock legenda itu, Datuk Amy Search, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Din atau nama sebenarnya, Nordin Mohd Taib, 61, menyifatkan perbuatan Amy sebagai keterlaluan.

“Itu semua tidak betul. Mereka sudah lebih dan melampau. Jadi, atas nasihat peguam, kami akan buat sidang media.

“Saya akan jelaskan segala perkara yang mereka ungkit. Saya juga akan tunjukkan bukti perkara yang ada kaitan dengan isu yang dibangkitkan,” katanya kepada BH Online.

Amy mendakwa, perbuatan Din dan Kid seperti merompak hasil titik peluh rakan lain apabila pembikinan album dibuat tanpa perbincangan.

Terdahulu, album Rockology Search: Kid’Din Collection Series hanya dikeluarkan sebanyak 500 unit dan mula dijual secara dalam talian sejak November 2021 dengan harga RM299.

Ia mengandungi antaranya cakera padar (CD) berkembar mengandungi 22 lagu Search yang dipilih sendiri oleh Din dan Kid.

Terdahulu, Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman meluahkan rasa kecewa dengan sikap Din dan adiknya, Kid yang didakwa ‘membisu’ soal pengagihan royalti yang difahamkan sudah diterima.

Dakwa Amy, tindakan dua-beradik itu seperti merompak hasil titik peluh mereka apabila pembikinan album dibuat tanpa sebarang perbincangan membabitkan dirinya dan Nasir.

Amy turut mendakwa perbuatan dua beradik itu seolah-olah seperti kacang lupakan kulit kerana mudah melupakan jasa rakan seperjuangan yang banyak membantu ketika dalam kesempitan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *