KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak menyita tiga aktiviti perniagaan tanpa lesen melibatkan warga asing dan warga tempatan di sekitar Jalan Hang Jebat di sini, petang semalam.
Serbuan itu dilakukan anggota dari Jabatan Penguatkuasaan menerusi operasi Tindakan Khas Terhadap Penjaja Tanpa Lesen, yang mendapati berlaku aktiviti perniagaan secara haram.
Jurucakap DBKL menyatakan, pihaknya menerima maklumat awam yang tular di media sosial aplikasi X petang Khamis berkaitan terdapatnya aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh warga asing.
Bertindak atas perkongsian berkenaan, pada petang semalam, sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa DBKL telah menjalankan siasatan di lokasi berkenaan dan mendapat terdapat tiga aktiviti perniagaan.
“Ia melibatkan penjaja telur ayam oleh warga asing dan 2 penjaja sayuran, buah-buahan, ikan serta barangan am dari warga tempatan secara tanpa lesen dari pihak berkuasa.
“DBKL membuat tiga tindakan sita dan pindah barangan perniagaan serta merta dan turut mengeluarkan dua notis kompauan di bawah kesalahan UUK 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016.
“Semua barangan yang disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras,” kata sumber itu.
DBKL akan meneruskan pemantauan dan tindakan dari semasa ke semasa dan sebarang maklumat serta aduan boleh disalurkan di laman sesawang Adu@KL di pautan adukl.dbkl.gov.my. – NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252