SPRM belum ada hasrat tahan Tun M – Azam Baki

PUTRAJAYA – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad masih berjalan, namun bekas Perdana Menteri dua kali itu tidak akan ditahan dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika ditemui pemberita pada Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah (NACS) 2024-2028, di sini, hari ini.

“Tidak lagi… kita tidak berhasrat untuk menahan beliau,” katanya.

Sebelum ini, Azam dilapor mendedahkan Dr. Mahathir antara individu berprofil tinggi yang disiasat oleh SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Berikutan itu, dua anak Dr. Mahathir iaitu Mirzan dan Tan Sri Mokhzani juga diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh dinyatakan dalam notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Selain itu, media melaporkan Mokhzani turut disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. – Berita Harian

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *