KUALA KUBU BAHARU – Semalam 6 Mei 2024, telah berlangsung satu peristiwa seni budaya yang sangat bersejarah khususnya dalam perjuangan menegakkan tekad budaya.
Perjuangan itu salah satu tonggak yang diperjuangkan Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) iaitu “Berani Berkata Benar”.
Majlis yang berlangsung di pekarangan Galeri Seni Sastera, Kuala Kubu Baharu itu turut menampilkan Presiden PAKSI, Datuk Che Shamsudin Othman atau Dinsman, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAKSI, Kassim Muhamad.
Misi dan visi NGO sastera yang dipimpin Dinsman itu telah dilihat mencapai satu tahap baru yang memberangsangkan berdasarkan keakraban dan kemesraan yang lahir dari hati nurani serta kesungguhan mantan seorang ahli politik (ADUN) iaitu mendiang Lee Kee Hiong terhadap seni budaya khususnya dalam menegakkan tekad budaya.
Begitulah antara pandangan Dinsman. Bagi Paksi mendiang memang seorang yang benar-benar faham dan bersungguh-sungguh mengangkat martabat seni budaya. – Nasionaldaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252