BERITA UTAMA

Lawatan Negara pertama Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke Singapura

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Singapura hari ini bagi memulakan lawatan negara sehingga esok.

Seri Paduka Baginda berdua berangkat dari Istana Besar Johor pada kira-kira jam 10 pagi menaiki kereta melalui Tambak Johor selepas Istiadat Mengucap Selamat Keberangkatan Sempena Lawatan Negara.

Dalam istiadat itu, Seri Paduka Baginda berdua menerima tabik Hormat Diraja dari Batalion 1 Rejimen Askar Melayu Diraja dengan diiringi lagu Negaraku. Doa keberangkatan diketuai Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Turut berangkat ke istiadat berkenaan, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor serta Paduka Anakanda.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr. Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani.

Lawatan ke Singapura di atas jemputan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam ini merupakan Lawatan Negara pertama Yang di-Pertuan Agong sejak menaiki takhta pada 31 Januari 2024.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua diiringi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Singapura, Datuk Dr. Azfar Mohamad Mustafar.

  

Dalam rangka lawatan ke Singapura, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dijadualkan menerima Sambutan Negara di Istana, Singapura, diikuti dengan pertemuan bersama Presiden Tharman dan juga Dato’ Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura.

Presiden Tharman juga akan meraikan Seri Paduka Baginda berdua dalam satu Majlis Santapan Negara.

Pada lawatan hari kedua, Sultan Ibrahim juga telah berkenan untuk melawat Parlimen Singapura serta melihat perkembangan projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura. – Nasionaldaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *