Oleh: Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, Timbalan Presiden Amanah
Undi Pas Masuk Syurga
Masuk syurga bukan kerana undi parti politik, masuk syurga adalah kerana Allah izinkan atas RahmatNya jua.
Nabi s.a.w ingatkan umatnya bahawa banyaknya amalan bukan mesti syarat untuk dapat syurga malah diri baginda sendiri tidak akan masuk syurga melainkan diselimuti dengan Rahmat Allah.
Mencari rahmat Allah itulah yang perlu dikejar oleh hamba2Nya. Bagaimana Setiausaha Agung Pas telah menyempitkan fahaman Rahmat Allah Yang Maha Luas dengan undi PAS!
Apakah PAS sebagai parti politik yang mentakfirkan sesama Islam dan melabel orang yang tidak bersamanya sebagai munafik dan sebagainya akan mengundang rahmatNya atau balanya?
Bagaimana sikap PAS yang memiftnah dan berbohong demi kuasa dapat mengundang RahmatNya untuk dapat syurga?
Sama ada dari sudut ilmu mahupun realiti, dakwaan Setiausaha Agung PAS: “undi PAS masuk syurga” adalah sesuatu yang tidak berasas. Saya menganggapnya sebagai “menjual syurga untuk politik” dan pihak berotoriti perlu ambil tindakan sesuai kerana “menghina agama”
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Usahlah mempertahankan kepalsuan dan jika benar Setiausaha Agung PAS tidak bermaksud demikian, beliau harus memohon maaf kepada ahli PAS dan seluruh umat Islam.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
Timbalan Presiden Amanah
