Malaysia Tekad Tingkat Kerjasama Global Tangani Krisis Iklim – Anwar

SERDANG – Malaysia akan terus memperkukuh hubungan diplomatik dengan kuasa besar dunia dan negara anggota ASEAN bagi memastikan kemajuan yang dicapai akhirnya memberikan manfaat langsung kepada rakyat, khususnya golongan petani, peladang dan pesawah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hubungan baik dengan negara seperti Amerika Syarikat, China dan Australia adalah penting bagi memastikan Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang stabil dan mampu membela nasib rakyatnya.

Beliau berkata cabaran global seperti krisis iklim kini memerlukan kerjasama antarabangsa yang lebih erat memandangkan kesannya telah mula mengancam sektor pertanian serta keterjaminan makanan.

Berkongsi perbincangan dengan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat Al Gore baru-baru ini, Anwar berkata antara perkara yang dibincangkan ialah krisis iklim global, transisi tenaga oleh Malaysia serta situasi jerebu di Serian, Sarawak yang memaksa darurat diisytiharkan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Dunia ini tidak dapat sentiasa terkawal. Peningkatan krisis iklim seperti pencairan glasier di Himalaya yang menyebabkan banjir besar di Nepal sehingga meragut begitu banyak nyawa dan keselamatan bukan saja rakyat Nepal, tetapi termasuk rakyat Malaysia. 

“Itu hal-hal yang kita tidak boleh duga. Tetapi, hal-hal yang mampu kita rancang dengan baik, kita harus lakukan. Sebab itu transisi tenaga kita lakukan. Kebergantungan pada bahan api fosil dan arang batu kita kurangkan,“ kata beliau ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Isham Ishak. 

Mengulas lanjut, Anwar berkata Malaysia kini giat memajukan laluan kabel dasar laut untuk menyalurkan tenaga boleh baharu hasil kerjasama dengan Vietnam dan Sarawak ke Johor serta Singapura, yang turut bakal memberikan manfaat kepada Sabah, Kalimantan dan Selatan Filipina.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau berkata kepelbagaian sumber tenaga baharu itu akan diselaraskan dengan dasar peralihan tenaga bagi menyokong kemampanan sektor pertanian tempatan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut berkongsi tentang panggilan telefon beliau bersama dengan bekas Presiden Indonesia Joko Widodo awal pagi tadi yang kini berada di Pulau Pinang, bagi mempererat lagi hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.

“Jadi, sebagai sahabat lama, sepatutnya saya turun ke Pulau Pinang untuk bersama-sama beliau. Tetapi saya beritahu, ‘Minta maaf, pak. Saya ini ada acara bersama dengan rakyat, MAHA (yang melibatkan) peladang, pesawah, petani. Jadi, saya minta maaf, tidak dapat bersama-sama’,” kata Anwar. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *