Letusan Anak Krakatau Tutup Sementara Lapangan Terbang Soekarno-Hatta

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, lapangan terbang utama Jakarta, ditutup sementara pada Ahad selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu, menyebabkan 209 penerbangan terganggu dan menjejaskan 22,798 penumpang.

Ketua Pengarah Penerbangan Awam Lukman F Laisa berkata 16 penerbangan antarabangsa dibatalkan, tujuh ditangguhkan dan lima dijadualkan semula, melibatkan penerbangan dari dan ke Kuala Lumpur, Singapura, Hong Kong, Sydney, Seoul/Incheon, Doha dan Amsterdam.

Bagi penerbangan domestik, beliau berkata empat penerbangan dibatalkan dan satu dilencongkan, melibatkan Lampung, Denpasar dan Surabaya.

Makassar dan Singapura masing-masing merekodkan jumlah penerbangan terjejas tertinggi bagi laluan domestik dan antarabangsa, masing-masing sebanyak 16 dan 11 penerbangan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Fokus utama semua petugas lapangan terbang dan syarikat penerbangan ketika ini adalah untuk menyalurkan maklumat secara berkala, memastikan ketersediaan ruang menunggu serta mengendalikan penumpang mengikut prosedur,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Badan Geologi dalam laporan khas yang disiarkan di laman sesawangnya pada Sabtu memaklumkan Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda antara Jawa dan Sumatera kekal pada Tahap III atau Siaga sejak 2 Julai, dengan letusan berulang yang memuntahkan bahan pijar dan abu gunung berapi.

Agensi itu memaklumkan aktiviti letusan berterusan yang disertai bunyi gemuruh direkodkan sejak 11.07 malam waktu tempatan pada Sabtu, dengan fenomena menyerupai pancutan lava dan menghasilkan aliran lava, manakala zon larangan dalam lingkungan tiga kilometer di sekitar gunung berapi itu kekal berkuat kuasa.

Lukman berkata lapangan terbang itu pada mulanya ditutup dari 1.30 pagi hingga 5.30 pagi waktu tempatan selepas ujian yang dijalankan antara 12.35 tengah malam hingga 1.05 pagi menunjukkan petunjuk penyebaran abu gunung berapi di Soekarno-Hatta, sebelum tempoh penutupan dilanjutkan hingga 9.30 pagi susulan satu lagi ujian oleh Stesen Meteorologi Kelas I Soekarno-Hatta.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau berkata perhatian khusus diberikan kepada usaha memulihkan jadual penerbangan berikutan kemungkinan kesan berantai terhadap pusingan operasi pesawat, ketersediaan pesawat, jadual penerbangan seterusnya dan kapasiti terminal.

“Keselamatan kekal menjadi keutamaan dalam setiap keputusan operasi. Pelarasan operasi penerbangan akan terus dilakukan secara dinamik berdasarkan perkembangan keadaan di lapangan,” katanya.

Lukman menasihatkan penumpang yang merancang perjalanan melalui Soekarno-Hatta supaya memantau maklumat terkini daripada syarikat penerbangan masing-masing mengenai status penerbangan dan tidak menuju ke lapangan terbang buat sementara waktu. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *