BERITA UTAMA

Percutian keluarga berakhir tragedi, tiga beranak lemas di Batang Kali

KUALA KUBU BAHARU – Kegembiraan satu keluarga mandi-manda pada hujung minggu berakhir dengan tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Sungai Balak Batang Kali, Jalan Genting Lama, Batang Kali, di sini, pada Ahad.

Astro Awani melaporkan, mangsa yang meninggal dunia adalah Arif Fadzil Abdul Saleh, 43, dan dua anaknya masing-masing berusia enam dan sembilan tahun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Makhtiar memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.09 tengah hari dan jentera pertama tiba di lokasi kejadian pada jam 1.32 tengah hari.

“Kita temukan ketiga-tiga mangsa pada jam 1.35 tengah hari jarak 30meter dari lokasi mereka dilaporkan lemas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu tidak melibatkan sebarang insiden kepala air.

Semua mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, dua jam sebelum kejadian, Arif Fadzil juga sempat memuat naik sekeping gambar memaparkan sebuah van dipercayai miliknya mengisi petrol di sebuah stesen minyak di laman Facebook beserta kapsyen Germany could never beat Toyota. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *