Istilah terbaik rujuk Sarawak, Abang Jo bincang dengan Peguam Negara

KUCHING – Sarawak akan berunding dengan Peguam Negara, Ahmad Terrirudin Salleh bagi menetapkan istilah terbaik menggantikan perkataan ‘negeri’ dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

Premier Sarawak, Abang Johari Openg berkata, mengambil kira kedudukan Malaysia sebagai anggota Komanwel, istilah berkenaan juga perlu bertepatan dengan perundangan diamalkan di negara pertubuhan itu.

“Kita juga mahu dapatkan maklum balas daripada orang ramai bagaimana trend istilah yang perlu dipakai jadi kita akan sesuaikan mengikut undang-undang terutama di negara Komanwel.

“Di negara Komanwel ada menggunakan ‘provincial legislature’, contohnya di Kanada (anggota Komanwel) sebut ‘provincial parliament’ juga… Kita (Sarawak) tak dapat pakai term ‘wilayah’ kalau tidak, kita macam Wilayah Persekutuan,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Abang Johari berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri.

Beliau berkata, jawatankuasa negeri diwakili Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali akan mengadakan perbincangan bersama Ahmad Terrirudin bagi hal berkenaan.

Semalam, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Asfia Awang Nassar berkata, cabang eksekutif Sarawak harus memutuskan sama ada mengeluarkan perkataan ‘negeri’ daripada DUN Sarawak.

Beliau berkata, secara peribadi percaya selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang mengiktiraf Sarawak sebagai sebuah wilayah, bukan satu daripada 13 negeri, maka perkataan itu harus digugurkan. – BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *