BERITA UTAMA

Depoh tunda kenderaan DBKL atasi masalah kenderaan tersadai

KUALA LUMPUR – Depoh tunda kenderaan penguat kuasa DBKL Pantai Sentral dijangka dapat menampung kira-kira 800 unit kenderaan buruk atau tersadai pada satu-satu masa.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ismadi Sakirin berkata, depoh baharu berkeluasan 2.5 hektar itu dibina dengan kos kira-kira RM600,000 atas tanah milik Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Katanya, kos pembinaan depoh itu ditanggung sepenuhnya Tetuan Amona Development Sdn. Bhd. secara tanggungjawab sosial korporat selaku rakan projek usaha sama dengan DBKL bagi pembangunan Pantai Sentral Park.

“Untuk rekod, DBKL mempunyai tiga depoh simpanan kenderaan tunda sedia ada iaitu di Taman Connaught dan Jalan Emas, Cheras serta Depoh Sentul dengan kemampuan menampung 3,000 unit kenderaan buruk/tersadai,” katanya selepas merasmikan depoh itu semalam.

Turut hadir, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan. – Nasionaldaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *