Letupan bom Sungai Golok: Penduduk Rantau Panjang turut rasai gegaran

RANTAU PANJANG – Penduduk di daerah ini mengesahkan turut merasai gegaran letupan bom yang dipercayai berlaku di kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat awal pagi ini.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Imi, 45, berkata, selain letupan dia mendakwa turut mendengar insiden berbalas tembakan di kawasan berkenaan.

“Kejadian itu berlaku sekitar jam 1.30 pagi. Waktu itu, saya dan keluarga tidur sebelum dikejutkan dengan insiden berkenaan,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurutnya, bunyi letupan itu turut didengari sejauh lima kilometer dari kawasan pekan Rantau Panjang.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ujarnya, selepas letupan itu beberapa pangkalan haram yang di terdapat di sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang ditutup buat sementara waktu.

Terdahulu tular klip video berkait insiden berkenaan selepas ia dimuat naik oleh penduduk tempatan menerusi laman sosial Facebook. – Laporan Sinar Harian

Berita lanjut menyusul

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *