BERITA UTAMA

Selatan Thailand masih selamat dikunjungi, seeloknya jalan secara berkumpulan – Ahmad Fahmi

PATTANI – Wilayah Selatan di Thailand masih selamat dikunjungi pelancong terutama rakyat Malaysia walaupun berlaku beberapa insiden letupan dan pengeboman.

Perkara itu dinyatakan Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi yang menyifatkan beberapa insiden yang berlaku adalah di kawasan luar bandar, bukan lokasi tumpuan orang ramai.

Secara asasnya, kata beliau, rakyat Malaysia masih selamat untuk melancong di lima wilayah Selatan Thailand kerana insiden yang berlaku kebiasaannya di kawasan bukan tumpuan ramai.

“Biasanya kejadian itu berlaku bukan disasarkan kepada orang awam, sebaliknya ia lebih kepada pihak yang bertelagah.

“Sebelum Ramadan lalu, hanya beberapa insiden pengeboman berlaku, namun sepanjang Ramadan baru-baru ini berlaku peningkatan kes,” katanya yang dipetik Berita Harian, hari ini.

Justeru, kata Ahmad Fahmi, rakyat Malaysia tidak perlu khuatir, namun dinasihatkan sentiasa berhati-hati bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Jangan pergi ke kawasan yang sunyi dan seeloknya berjalan secara berkumpulan,” katanya. – Nasionaldaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *