BERITA UTAMA

4 rumah kedai di Bachok terbakar

BACHOK – Sebanyak empat rumah kedau musnah dalam kebakaran di Jalan Beris Kubut Besar, dekat sini, awal pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan melaporkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 7 pagi ini.

Katanya, pasukan Bomba daripada BBP Pengkalan Chepa dan BBP Kota Bharu seramai 19 anggota diketuai Komander Operasi Kanan PPgB Ahmad Ridhuan Mohd Ghazali bergegas ke tempat kejadian bersama jentera FRT, EMRS dan Water Tanker.

“Kebakaran melibatkan empat rumah kedai kelas B yang terbakar sebanyak 80 peratus.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan kebakaran dapat dikawal pada jam 7.37 pagi serta kerja pemadaman sedang dijalankan,” katanya. – Nasionaldaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *