BERITA UTAMA

14 rumah terjejas ribut landa Kuala Muda

SUNGAI PETANI – Sebanyak 14 rumah di tiga mukim daerah Kuala Muda rosak dalam kejadian hujan lebat beserta angin kencang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azhar Ahmad berkata, antara kawasan terjejas termasuk Kampung Berapit di Mukim Pekula (1), Kampung Kuala Dahanan (1), Kampung Sri Gading (4) dan Kampung Jalan Sekolah Kebangsaan Jeniang (1) di Mukim Gurun.

Menurutnya, antara kawasan lain yang terlibat ialah Kampung Teluk Wang Besar (1), Kampung Teluk Wang Kechil (1), Kampung Bukit (3) dan Kampung Masjid (2) di Mukim Sungai Pasir.

“Bagaimanapun, jumlah mangsa yang terbabit dalam kejadian masih dalam bancian.

“Kejadian angin kencang, hujan lebat dan pokok tumbang ini berlaku pada jam 5.30 petang sehingga menyebabkan kerosakan pada harta benda mangsa,” katanya.

Menurut Azhar, pihaknya masih mengumpul maklumat berkaitan mangsa yang terbabit dan bersedia sekiranya perlu berpindah jika ada keperluan.

Azhar berkata, kejadian ribut turut menyebabkan banyak pokok tumbang di daerah berkenaan.

Beliau berkata, setakat ini antara agensi yang terbabit dalam kejadian itu termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia dan (PDRM) serta penghulu kampung. – Laporan Sinar Harian

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *