Gempa 6.5 skala Richter gegar Garut, impak hingga Jakarta

JAKARTA – Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.

Gegaran kuat itu dikesan di lokasi terletak kira-kira 151 kilometer di perairan barat daya Kabupaten Garut di Jawa Barat.

“Kedalamannya adalah pada 10 kilometer dan tidak berpotensi mencetuskan tsunami,” ujar BMKG menerusi akaun rasmi di platform X.

Gempa itu turut dirasai penduduk di Jakarta, Depok dan Bandung.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Terasa seperti bergoyang-goyang,” kata Nia, salah seorang warga Depok.

Difahamkan, kebanyakan struktur turut merasai goncangan selama beberapa saat hingga mencetuskan panik dalam kalangan penduduk di beberapa lokasi termasuk Sukabumi, Tangerang, Bogor, Banyumas, Cilacap, Bantul, Sleman, Kulonprogo, Trenggalek yang bertindak segera meninggalkan kediaman masing-masing.

Sehingga pagi Ahad, insiden gempa itu terus menjadi topik trending di platform X. – Agensi

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *