Tun M meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Putra

RUMAH Terbuka Aidilfitri Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) semalam (27 April 2024) meriah dengan kehadiran beberapa tokoh dan pemimpin negara.

Majlis yang berlangsung di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur bermula jam 1 tengah hari hingga 6 petang lebih bermakna dengan kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut Presiden Putra, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali, walaupun diadakan secara sederhana, tetapi kehadiran pemimpin seperti Datuk Marzuki Yahya, Zamani Ibrahim, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ibrahim Shah, Syed Hassan Syed Ali dan beberapa pemimpin politik, ahli akademik serta NGO memeriahkan lagi majlis itu.

“Terima kasih kepada rakan pengerak POM yang sudi hadir ke majlis ini. Maaf segala kekurangan dan tempat yang kecil kerana jemputan terhad sekitar 400 tetamu sahaja.

Alhamdulilah, semua sempurna dan lancar. Juadah bawaan (potluck) dari Ahli Dewan Tertinggi (ADT), Wira, Wiranita dan Wirawati Putra.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu “Allah Selamatkan Tun Mahathir” oleh kepimpinan Putra dan tetamu yang hadir.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *