KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu, beliau tidak tahu dirinya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPR) sebagaimana didakwa Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki.
Mantan Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu berkata, yang beliau tahu, dua anaknya iaitu Tan Sri Mokhzani dan Mirzan yang disiasat oleh agensi penguat kuasa itu.
“SPRM kata dia siasat saya, tapi saya tak nampak dia siasat, yang saya tahu mereka pi kacau anak saya, kononnya nak tahu perbelanjaan yang 42 tahun lalu.
“Mana orang tahu 42 tahun dulu, saya nak tanya Azam Baki, dia tau tak apa dia buat 42 tahun dulu.
“Jadi, buat soalan yang orang tak boleh jawab, lepas tu kata orang ini tak jawab, tak beritahu (tidak beri kerjasama), maka salahlah..boleh kena jel ni,” katanya kepada media pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Parti Bumiputera Malaysia (Putra) di sini, semalam.
Kata, Tun Dr. Mahathir, (SPRM) tidak boleh masukannya dalam jel, masukkan anaknya dalam penjara.
“Tak apalah.. itu keadilan baru,” katanya.
Ditanya mengenai jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak tahu wujudnya Titah Tambahan Yang di-Pertuan Agong supaya Datuk Seri Najib Razak dikenakan tahanan rumah, beliau berkata, Lembaga Pengampuan ada aturannya.
Kata beliau, apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengampunan adalah ketika mesyuarat.
“Kita (Lembaga Pengampunan) tak boleh buat keputusan, lepas itu kita balik rumah kita teringat yang lain, lalu kita tambah.. tak boleh.
“Sebab yang kita tambah itu bukan yang dibincang dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan.
“Jadi, tambahan tak boleh guna. Yang boleh guna apa yang dibincang, yang diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan,” katanya.
Ditanya mengenai Anwar yang tidak tahu menahu mengenai Titah Tambahan itu, Tun Dr. Mahathir berkata, beliau tidak tahu dengan Perdana Menteri itu kerana banyak bersembunyi (berahsia).
“Kalau dia pergi pun, (tapi) dia kata tak pergi, kita kena terima,” katanya.
Mengenai kontroversi lokasi pengebumian bekas Ketua Polis Negara, Allahyarham Tun Mohamed Hanif Omar, katanya, beliau difahamkan, keluarga tidak mahu dikebumi di Makam Pahlawan.
“Keluarga dia tak nak ditanam (kebumi) di Makam Pahlawan. Kena ikutlah kehendak keluarga dia.
“Memang awalnya nak kebumi di Makam Pahlawan, tapi kemudian saya fikir keluarga dia tak setuju.
“Soal anak dia nafi, itu masalah dia orang la, tapi keputusannya setakat yang kita tahu keluarga dia tak mahu (di Makam Pahlawan).. tak perlu nak jadikan isu kontroversi. Itu hak dia orang. Kita tak usah campur tangan,” katanya. – Nasionaldaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252