BERITA UTAMA

Zahid yakin MCA akan turun kempen bantu calon perpaduan

KUALA KUBU BAHARU – Dengan tempoh 15 hari berkempen diperuntukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu bermula hari ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih menaruh harapan komponennya, MCA dapat membantu jentera kerajaan perpaduan.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya media dengan keputusan MCA untuk tidak turun berkempen bagi calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao yang bermula hari ini hingga jam 11.59 malam 10 Mei.

“Kita tidak tetapkan sebarang tempoh khusus bagi tujuan ini, selain kita yakin suasana akan berubah apabila ‘kedukaan’ MCA kembali reda kelak,” katanya yang juga Presiden UMNO.

Beliau tiba di pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor pagi ini mengiringi Sock Tao dari DAP yang mewakili PH bagi penyerahan boring bertanding.

Ahmad Zahid turut menyatakan keyakinannya akan jalinan persahabatan erat dengan MCA sejak 1955, mampu meredakan pergeseran yang berlaku antara parti itu dan DAP.

“Saya tidak nampak masalah yang besar kerjasama MCA di peringkat Bahagian dan DUN. Mereka akan menggerakkan jentera yang ada.

“Tetapi, kita memahami dan menyantuni yang di atas sana (kepemimpinan utama MCA),” katanya. – Nasionaldaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *