Empat penjuru PRK DUN KKB

HULU SELANGOR – Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Baharu menyaksikan perlawanan empat penjuru antara calon Perikatan Nasional (PN), Perpaduan-Pakatan Harapan (PH), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan seorang dari bebas.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Yuhanas Auree Kamaruddin sebaik tempoh proses penamaan calon ditutup jam 10 pagi di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, di sini.

Empat calon yang layak bertanding pada 11 Mei ini ialah Pang Sock Tao dari perpaduan-PH, Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainuddin (PRM) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Perpaduan-PH meletakkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertanding melawan calon PN, pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor.

Kehadiran dua calon lagi iaitu Hafizah dari PRM dan Ke Xin – Bebas dianggap tidak memberi cabaran sengit.

Yuhanas berkata, pihaknya menyemak kertas permohonan dan berpuas hati serta memutuskan tiada kertas permohonan ditolak.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan seorang calon Bebas, Chng Boon Lai menghantar borang, namun menarik semula permohonan berkenaan pada saat akhir.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRK Kuala Kubu Bharu adalah seramai 40,226 orang melibatkan 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara. – Nasionaldaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *