KUALA KRAI – Tiga maut, lima cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai – Gua Musang di sini, malam tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan yang menerima panggilan kecemasan pada jam 12.36 tengah malam tadi telah menghantar anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai dan Sungai Durian untuk kerja penyelamatan.
Kemalangan melibatkan sebuah kereta Toyota Hilux yang dinaiki empat mangsa dengan dua meninggal dunia, manakala kenderaan Ford Ranger juga dinaiki empat mangsa dengan seorang maut.
Menurut Komander Operasi, PBK II Razani Mamat, pihaknya turut membantu mengeluarkan mangsa yang cedera parah iaitu dua lelaki dari Toyota Hilux dan tiga iaitu seorang wanita serta dua lelaki dari Ford Ranger, juga keadaan parah.
“Bertindak atas maklumat, pasukan bomba dari dua balai berhampiran iaitu BBP Kuala Krai dan BBP Sungai Durian bersama 17 anggota digerakkan ke lokasi kejadian dengan jentera FRT, LFRT, kenderaan RRV dan Pajero sebaik panggilan diterima.
“Perjalanan ke lokasi sejauh 17 kilometer dari BBP Kuala Krai dan sebaik tiba, didapati kemalangan itu melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda iaitu Toyota Hilux dan Ford Ranger.
“Terdapat mangsa yang menaiki kenderaan Toyota Hilux telah tersepit. Anggota bomba telah bertindak menjalankan kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa dengan mengunakan peralatan khas “Rescue Power Unit”,” katanya hari ini.
Dalam kejadian itu, terdapat tiga mangsa yang meninggal dunia iaitu dua lelaki dan seorang wanita dewasa dan lima mangsa yang lain mengalami kecederaan parah.
Semua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya, manakala mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) dengan Ambulan KKM. – Nasionaldaily
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!