BERITA UTAMA

Ambulans jatuh gaung, pemandu dan penumpang cedera

SEMENYIH – Sebuah ambulans terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui, Jalan Sungai Lalang, dekat sini, hari ini.

Dari kejadian itu, dua individu yang berada dalam kenderaan berkenaan mengalami kecederaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan insiden jam 2.07 petang dan lima anggota dari BBP Semenyih serta sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, pemeriksaan mendapati kemalangan melibatkan dua mangsa yang berada dalam ambulans termasuk pemandu.

“Kedua-dua mangsa adalah lelaki tempatan berusia 30 tahun dan seorang wanita tempatan berusia 21 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata beliau, dua mangsa itu mengalami kecederaan ringan dan tiada yang tersepit dalam nahas tersebut.

“Mereka berjaya dibawa naik dengan selamat dan ambulans ini dalam perjalanan dari Ipoh ke acara perlumbaan basikal di Jalan Genting Peres,” katanya.

Ketika kejadian itu ambulans itu tidak membawa pesakit. – Nasionaldaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *