TAWAU – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau menerima panggilan kecemasan orang awam meminta bantuan membuka pintu terkunci di salah sebuah rumah di Taman Lily Sin On dekat sini, petang semalam.
Bertindak atas maklumat itu, lapan anggota bertugas telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dan kenderaan Unit EMRS sebaik panggilan pada jam 6.51 petang melalui talian terus ke balai.
Komander Operasi, PBK II Mohd Yahya Abdul Fattah berkata, sebaik tiba di lokasi, anggota bomba bertindak membuka pintu rumah yang terkunci dengan menggunakan peralatan khas.
“Sebaik pintu dibuka, pihak bomba menemui seorang wanita dalam rumah tersebut dan mangsa dikenalpasti warga emas berusia 82 tahun yang telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh polis.
“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – Nasionaldaily
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!