BERITA UTAMA

PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India

HULU SELANGOR – Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) yang baru menyertai Perikatan Nasional (PN) yakin gabungan itu akan memperoleh undi terbesar dari masyarakat India pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu 11 Mei ini.

Perkara itu dinyatakan Presidennya, S P Punithan bahawa pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan PN ketika ini selepas MIPP menyertai parti gabungan.

“Baru tiga hari kami melangkah masuk (sertai PN), sudah enam Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) ‘bantai’ kita. Maksudnya mereka sudah bimbang dan tahu masyarakat India tidak akan mengundi mereka di PRK kali ini.

“Ini PRK sahaja bukan Pilihan Raya Umum (PRU), tetapi kenapa pemimpin PH bimbang dan takut? Tak perlu takut, kita lihat 11 Mei nanti bila undi dikira kita tahu siapa yang rakyat mahukan sebenarnya,” katanya ketika menyampaikan pidato sempena Majlis Pengumuman Calon PN PRK KKB semalam.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, MIPP secara rasmi diterima sebagai anggota penuh PN.

PRK DUN KKB diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu dari DAP, Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mei sebagai hari pengundian, 7 Mei pula hari pengundian awal dan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon.

PRK DUN KKB adalah PRK ketujuh selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan enam daripadanya dilaksanakan tahun lalu iaitu Parlimen Kuala Terengganu (Ogos), Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram (September), DUN Pelangai (Oktober), DUN Jepak (November) dan Parlimen Kemaman (Disember). – Dipetik laporan Sinar Harian

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *