Menteri jumpa, ucap tahniah petugas haji KKM

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menghadiri Majlis Perjumpaan Pengurusan Tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Rombongan Petugas Haji (Perubatan) KKM ke Tanah Suci Bagi Musim Haji 1445H/2024M di Ibu Pejabat KKM, semalam.

Dalam ucapan, Dr. Dzulkefly mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua petugas haji KKM yang telah dipilih untuk mula tugasan pada 30 April ini ke Tanah Suci Makkah.

Tahun ini, seramai tiga Petugas Haji (Kebajikan) akan turut mengiringi 279 Petugas Haji (Perubatan) KKM yang melibatkan pelbagai skim perkhidmatan seperti Perubatan, Kawalan Penyakit, Kesihatan Awam, Farmasi dan Kejururawatan akan bertugas menjaga kesihatan jemaah haji.

Dr. Dzulkefly turut merakamkan penghargaan kepada pihak Lembaga Tabung Haji atas kerjasama yang diberikan.

Beliau turut mendoakan agar segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan cemerlang bagi memastikan semua jemaah haji Malaysia dapat melaksanakan ibadat haji dengan sempurna dan memperoleh ganjaran tertinggi atas komitmen, khidmat bakti dan keikhlasan yang dihulurkan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, Datuk Zainal Alhakab Seman; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) KKM, Datuk Dr. Nor Fariza Ngah; Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, LembagaTabung Haji, Syed Hamadah Syed Othman; dan Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman. – Nasionaldaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *