BERITA UTAMA

Khairul Azhari calon PN PRK Kuala Kubu Baharu

KUALA KUBU BAHARU – Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut sebagai calon parti itu bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Nama itu diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pengumuman Calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, malam semalam.

Beliau akan bertemu satu lawan satu dengan calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada 11 Mei ini, hari mengundi yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu kosong susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Esok merupakan hari penamaan calon, manakala 7 Mei hari mengundi awal.

Kuala Kubu Baharu mempunyai seramai 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara.

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *