SUA Kor Ming calon Perpaduan PRK KKB

KUALA KUBU BAHARU – Pakatan Harapan (PH) malam tadi mengumumkan Pang Sock Tao sebagai calon mewakili parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.

Sock Tao, 31, adalah Setiausaha Akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dinamakan dalam Majlis Pengumuman Calon Perpaduan PRK Kuala Kubu Baharu di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) KKB di sini.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, Sock Tao dipilih kerana mampu menarik lebih ramai pengundi muda di kawasan itu, selain mampu membawa perubahan yang progresif bagi meraih kemenangan kepada kerajaan perpaduan.

Katanya, calon yang ditampilkan DAP adalah wanita, anak muda dan mempunyai pengetahuan luas dalam bidang politik.

“Kita mahu suara anak muda yang progresif dan mampu memberi kemenangan dalam PRK kali ini,” katanya. – ND

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *