INFO susastera kali ini menampilkan maklumat mengenai Usman Awang atau nama sebenarnya Wan Osman Wan Awang yang juga masyhur dengan nama pena Tongkat Warrant.
Dalam dunia kesusasteraan moden, beliau lebih dikenali sebagai penyair dan dramatis yang membawa aliran romantisme dan realisme.
“Bunga Popi”, “Ke Makam Bonda” dan “Anak Jiran Tionghua” merupakan antara puisi yang cukup sinonim dengan beliau.
Drama Serunai Malam, Tamu di Bukit Kenny serta Muzika Uda dan Dara melonjakkan nama beliau sebagai seorang dramatis.
Selain itu, beliau turut menghasilkan sebuah novel yang terkenal, iaitu Tulang-tulang Berserakan.
Untuk mengetahui jejak langkah kembara hidup Sasterawan Negara Usman Awang, boleh susuri Info Susastera yang dipaparkan dalam Dewan Sastera April 2024.
Untuk rekod, Usman yang dilahirkan di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi Johor meninggal dunia 29 November 2001 pada usia 72 tahun.
Info Susastera ini disediakan oleh Bahagian Penyelidikan Sastera dengan kerjasama Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka. – ND
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!