BERITA UTAMA

Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska

SAN FRANCISCO – Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, kata pihak berkuasa.

Penggerak balas pertama sedang melakukan “penyelamatan aktif” pada Selasa selepas pesawat itu terhempas di kawasan Sungai Tanana di Fairbanks, menurut pegawai tempatan, lapor Xinhua.

Ketua Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Alaska, Clint Johnso berkata tidak dapat dipastikan berapa ramai penumpang di dalam Douglas DC-4 itu apabila ia terhempas sekitar 10.30 pagi sebaik selepas berlepas ke arah selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Fairbanks.

“Kami memaklumi insiden itu membabitkan Doughlas DC-4 di Sungai Tanana berhampiran Jalan Kallenberg,” menurut lapangan terbang berkenaan dalam kenyataan. “Pasukan polis Alaska sedang giat mengetuai operasi menyelamat dan kami bekerjasama dengan mereka.”

Seorang jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Fairbanks menggesa orang ramai agar mengelak daripada melalui kawasan itu.

Pasukan polis Alaska turut dibantu oleh agensi tempatan, negeri dan persekutuan.

Seorang saksi berkata dia mendengar letupan yang kuat dan melihat sebuah pesawat di udara dengan enjin terbakar, menurut laporan Anchorage Daily News. – BERNAMA

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *