BERITA UTAMA

Kes tembak KLIA: Pengawal peribadi dah sedar

KUALA LUMPUR – Pengawal peribadi yang ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor, awal pagi minggu lalu sudah sedarkan diri semalam.

Isterinya, Siti Noraida Hassan, 38, berkata, suaminya Muhammmad Nur Hadith Zaini yang mesra disapa ‘Along’ menerima rawatan di Hospital Cyberjaya dan masih menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Dia masih di ICU (Unit Rawatan Rapi) dan sudah sedar sikit, tapi belum boleh bercakap kerana masih pakai alat pernafasan.

“Doktor baru mula dialisis,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Dalam kejadian 14 April lalu, mangsa, 38, cedera dalam kejadian tembakan di Terminal 1.

Dua das tembakan dilepaskan suspek ke arah isteri suspek yang menunggu jemaah umrah di KLIA.

Bagaimanapun, satu tembakan tersasar manakala satu lagi tembakan mengenai bahagian perut mangsa.

Suspek yang melarikan diri selepas kejadian itu kemudian berjaya ditahan polis di Kota Bharu, Kelantan, 15 April lalu.

Sementara itu, Siti Noraida berkata, tiga anaknya yang berusia antara tiga hingga 13 tahun sentiasa bertanyakan keadaan bapa mereka dan mula merinduinya.

Dia amat mengharapkan suaminya segera sembuh dan dapat berjumpa ketiga-tiga anak mereka.

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *