BERITA UTAMA

Wanita maut dalam kemalangan di Lebuhraya LEKAS

NILAI – Seorang maut dan seorang lagi parah dalam kemalangan di KM0.7 Lebuhraya Lekas di sini, pagi ini.

Kedua mangsa menaiki kereta jenis Toyota Vios yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mantin, PBK I Azmi Abd. Hamid, keduanya tersepit dalam kenderaan itu.

Katanya, sebuah kereta Toyota Vios yang melalui Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS) telah terlibat kemalangan apabila kenderaan itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM 0.7 Lebuhraya LEKAS, Nilai, Negeri Sembilan.

“Kejadian itu dilaporkan kepada JBPM Negeri Sembilan pada jam 8.15 pagi sebelum anggota dari BBP Mantin dan BBP Nilai digerakkan ke lokasi kejadian.

“Terdapat dua mangsa telah tersepit dalam kenderaan itu. Kedua-duanya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dengan menggunakan peralatan menyelamat.

“Salah seorang mangsa iaitu seorang wanita dewasa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata, seorang lagi mangsa lelaki dewasa yang mengalami kecederaan parah telah diserahkan kepada petugas KKM untuk menerima rawatan lanjut. – ND

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *