BERITA UTAMA

PN putuskan calon PRK Kuala Kubu Bharu Isnin ini

KOTA BHARU – Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan mesyuarat majlis tertinggi parti itu Isnin ini, bagi memutuskan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Ahli Majlis Tertinggi PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat khas itu akan diadakan di ibu kota pada jam 5 petang.

“Kita akan putuskan calon yang akan bertanding pada mesyuarat yang akan diadakan dalam masa terdekat,” katanyakepada pemberita pada majlis sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kawasan Kota Bharu di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, sudah pasti PN akan meletakkan calon yang boleh menang.

“Sudah tentunya calon yang akan diputuskan dan bakal dipertandingkan itu merupakan calon yang boleh menang,” katanya.

Terdahulu media melaporkan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Datuk Razali Idris berkata, Majlis Presiden PN akan memutuskan calon untuk bertanding pada mesyuarat khas yang akan diadakan dalam tempoh terdekat

PRK DUN Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini, manakala hari penamaan calon 27 April ini. – ND

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *