KOTA KINABALU – Anak perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu di sini, maut dipercayai tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol milik bapanya di rumah mereka di Taman Tabanak, semalam.
Mangsa berusia 14 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik dalam rumahnya, pada jam 12.42 tengah hari.
Difahamkan, ketika kejadian bapa mangsa sedang bertugas di pejabatnya.
Pistol miliknya dikatakan, tertinggal di rumah dan mangsa dipercayai memegang senjata api itu sebelum secara tidak sengaja tertembak dirinya sendiri.
Ketika ini jenazah masih berada di Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.
Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kamis, pagi ini selepas urusan bedah siasat selesai.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Katanya, kakak mangsa berusia 16 tahun adalah satu-satunya individu yang menemui adiknya dalam keadaan berlumuran darah.
“Polis masih menyiasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Kakak mangsa adalah satu-satunya individu yang menemui adiknya itu terbaring di dalam bilik berkenaan selepas pulang dari sekolah.
“Ketika kejadian, bapa mangsa pula berada di Kinabatangan, Sabah, atas urusan perpindahan rumah kerana baru berpindah selepas dinaikkan pangkat,” katanya.
Mengulas lanjut, Razarudin berkata, proses bedah siasat akan dijalankan jam 9 pagi ini dan pihaknya kini sedang mengumpul semua saksi untuk dirakam keterangan.
“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi contohnya mangsa tertembak diri sendiri atau sebagainya selagi siasatan belum disiapkan,” katanya.
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!