BERITA UTAMA

Apakah saya penjenayah? Dr Mahathir

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menuduh beliau melakukan kesalahan.

Menurut Dr Mahathir, dalam notis kepada anaknya, Mirzan menyebut bahawa SPRM mendapati “bahawa satu kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta ini berkaitan nombor aduan IPJ/RPTNO/0477/2023 telah dilakukan oleh Mahathir bin Mohamad, nombor Kad Pengenalan 251220-02-5151.”

Menurutnya, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata beliau tidak dilayan sebagai penjenayah.

“Setakat saya tahu saya tidak pernah disiasat. Tetapi notis SPRM menyatakan saya melakukan kesalahan.

“Dakwaan telah dibuat oleh (Perdana Menteri Datuk Seri) Anwar Ibrahim bahawa saya memiliki berbilion Ringgit. Saya sendiri tidak tahu saya memiliki berbillion Ringgit.

“Oleh itu saya telah saman Anwar Ibrahim supaya menunjukkan bukti yang saya memiliki berbilion Ringgit. Saman dibuat lebih satu tahun dahulu. Hingga sekarang Anwar tidak dapat tunjuk bukti saya memiliki berbilion Ringgit,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, ini bermakna hingga sekarang beliau belum didapati bersalah.

“Jika SPRM ada bukti tunjuklah,” katanya.

Berkenaan dengan akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir berkata walaupun Anwar tidak didapati bersalah, kenapa akaun bersumpah Datuk Murad tidak ditarik balik.

Apakah isteri dan anak-anak Anwar diarah menjelaskan semua harta mereka, soalnya.

“Demikian juga dengan kes Azam Baki. Kenapa adiknya tidak disiasat rapi seperti yang berlaku terhadap anak saya,” kata Dr Mahathir.

Pada 31 Mac lalu, Datuk Seri Mukhriz mengesahkan SPRM sedang menyiasat Dr Mahathir menerusi notis kepada abangnya Tan Sri Mokhzani dan Mirzan.

Pada Januari lalu SPRM mengarahkan Mokhzani dan Mirzan untuk mengisytiharkan harta masing-masing sejak 1981. – (Dipetik laporan BHOnline)

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *