BERITA UTAMA

Suspek tembak di KLIA akan direman esok di Kota Bharu

Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, sebelum ditahan di Jalan Bayam, Kota Bharu, petang tadi akan direman esok.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu, bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Beliau berkata, suspek dalam keadaan sihat dan baik secara fizikalnya.

“Esok suspek akan direman di Mahkamah Kota Bharu dan dia dalam keadaan baik serta sihat.

“Hari ini kita akan kumpul dulu maklumat yang kita perlu dan akan dikongsikan kepada media jam 9 pagi esok,” katanya.

Lokasi suspek ditahan

Beliau berkata ringkas ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, selepas melarikan diri lebih daripada 36 jam, suspek lelaki, Hafizul Harawi, ditahan polis, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata suspek ditahan di sebuah lokasi di Kota Bharu, kira-kira jam 3 petang.

Dalam kejadian 1.15 pagi kelmarin, bunyi tembakan menggemparkan pengembara dan kakitangan di KLIA Terminal 1, dipercayai cubaan bunuh ke atas seorang wanita tempatan. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *