Kes tembak di KLIA 1: Suspek ada rekod jenayah lampau

SEPANG – Lelaki yang melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum terkena pengawal peribadi di Balai Ketibaan KLIA 1, di sini awal pagi tadi, pernah ditahan Februari lalu kerana melakukan ugutan jenayah ke atas isterinya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, semakan polis mendapati isteri suspek pernah membuat dua laporan polis terhadap suaminya pada 2016 dan tahun lalu.

“Buat masa ini motif yang kita dapat pastikan adalah lebih kepada perihal peribadi antara suspek dengan isterinya.

“Mangsa pernah buat dua laporan polis sebelum ini berhubung ugutan jenayah iaitu pada 2016 dan yang terbaharu pada Disember tahun lalu dan hasil daripada laporan itu, suspek sudah pun ditahan polis,” katanya pada sidang media di KLIA 1, hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Jelas beliau, polis sudah menghantar kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya, namun ada beberapa arahan lain yang polis perlu laksanakan.

Terdahulu BH melaporkan, lelaki yang bertindak melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum terkena pengawal peribadi di Balai Ketibaan KLIA 1 di sini, dipercayai melarikan diri ke utara. (Dipetik laporan Berita Harian)

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *