BERITA UTAMA

Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota

KUALA LUMPUR – Aliran trafik dilaporkan tinggi dan perlahan di lebuh raya utama setakat jam 1 tengah hari ini berikutan pertambahan kenderaan perantau yang mula kembali ke ibu kota pada hari keempat Aidilfitri.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.

Beliau berkata, di Lebuhraya Utara – Selatan (PLUS) laluan Selatan (E2), aliran trafik perlahan ke arah Utara dari Senai ke Layby Simpang Renggam, Machap ke Yong Peng, Bukit Gambir ke Tangkak dan Jasin ke Ayer Keroh.

Sementara itu, akaun rasmi X PLUS Trafik memaklumkan beberapa laluan Smart Lane sudah diaktifkan bagi memastikan aliran trafik dan perjalanan pengguna lebuh raya terus lancar susulan cuti Aidilfitri kian hampir ke penghujung.

Antaranya laluan di KM107.1 hingga KM112.0 arah Selatan di antara Sungai Petani ke Bertam, KM155.5 hingga KM157.2 arah Selatan dari Bandar Cassia ke Hentian Sebelah Sungai Bakap dan KM260.0 hingga KM263.1 arah Utara di antara Port Dickson ke Seremban. – BERNAMA

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *