GANDINGAN beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei mencipta kejutan melangkah ke final Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China.
Izzuddin-Sze Fei melangkah penuh bergaya menyingkirkan gandingan senegara yang juga pilihan keempat kejohanan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam aksi separuh akhir pada Sabtu.
Beregu di ranking ke-19 dunia itu menewaskan Aaron-Wooi Yik, 21-14 dan 21-18 dalam pertarungan selama 40 minit.
Ia menyaksikan Izzuddin-Sze Fei berjaya meneruskan rentak memukau mereka apabila sebelum ini turut mencipta kejutan menyingkirkan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae pada pusingan pertama.
Kemudian, gandingan itu mara ke suku akhir selepas wakil China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu terpaksa menarik diri akibat kecederaan selepas perlawanan berlangsung dua set.
Pada aksi suku akhir, mereka sekali lagi mencipta sensasi menyingkirkan juara Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin.
Izzuddin-Sze Fei akan menanti pemenang satu lagi perlawanan separuh akhir antara beregu Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po Hsuan dan pilihan ketiga kejohanan dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang. – (Dipetik laporan Sinar Harian)
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!