BERITA UTAMA

Suspek warga Israel tiba di mahkamah dengan kawalan ketat

KUALA LUMPUR – Lelaki warga Israel yang ditahan bersama enam pucuk pistol dan 200 peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang pada 27 Mac lalu tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebentar tadi.

Suspek, yang memakai kemeja-T hitam dan berseluar khakis, tiba tepat jam 8.15 pagi di lobi utama kompleks mahkamah.

Suspek diiringi sekitar 20 pengiring Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kawalan ketat.

Suspek utama itu, yang dalam tahanan reman, dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk pertuduhan.

Pada 27 Mac lalu, lelaki warga Israel yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis ditahan di sebuah hotel mewah di Jalan Ampang, di sini, selepas dikesan memiliki enam pucuk pistol jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 200 butir peluru, yang diletakkan di dalam beg miliknya. – (Laporan awal Astro Awani)

BERITA LANJUT MENYUSUL…

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *