Laluan Baharu Meriahkan Saingan Terengganu 4×4 Merdeka Challenge Edisi Ke-6

KUALA NERUS – Pengalaman beraksi di laluan Kuala Nerus bukan jaminan mudah buat pelumba apabila Terengganu 4×4 Merdeka Challenge 2026 kembali dengan edisi keenam, menyaksikan lebih banyak halangan disediakan sepanjang perlumbaan dua hari bermula semalam.

Sebaliknya, penambahan halangan itu memberi peluang kepada 56 peserta dari hampir seluruh negara untuk berdepan cabaran yang lebih pelbagai, sekali gus memastikan pelumba berpengalaman dan peserta pertama kali beraksi di Kuala Nerus mempunyai ruang persaingan lebih terbuka.

Pengarah Pertandingan Terengganu Merdeka 4×4 Challenge, Muhammad Muzammil Mokhetar berkata, penganjur tetap mengekalkan format lapan Special Stage (SS) bagi keseluruhan perlumbaan seperti edisi sebelumnya.

“Masih mengekalkan lapan SS keseluruhan untuk dua hari perlumbaan seperti edisi lalu, cuma untuk edisi kali ini kami memperbanyakkan lagi halangan yang perlu ditempuhi oleh setiap pelumba.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Begitu juga jumlah kategori yang dipertandingkan masih sama bagi memberi ruang dan peluang untuk lebih ramai beraksi, khususnya bagi mereka yang baru mula menceburi sukan lasak ini,” katanya.

Kehadiran beberapa pasukan ternama dari Kedah dan Perak yang saban tahun menyertai pertandingan itu turut dijangka menambah sengit persaingan, selain cabaran daripada pasukan tuan rumah termasuk Kelab Terjoh! 4×4, UT 4×4 dan GG 4×4.

Muhammad Muzammil berkata, hanya pelumba dari Melaka dan Johor tidak dapat menyertai saingan kali ini selepas berdepan masalah teknikal pada saat akhir.

Dalam pertandingan berakhir hari ini, pemenang tempat pertama akan menerima RM3,000, manakala RM1,500 dan RM1,000 masing-masing menanti pemenang tempat kedua dan ketiga.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pemenang sehingga tempat kelima turut menerima piala serta hadiah iringan, dengan saingan kali ini mempertandingkan tiga kategori iaitu Super Novice Litecore, Short Wheel Base (SWS) dan Long Wheel Base (LWS).

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *