Lima premis perniagaan di Jeti Chew terbakar, peniaga rugi RM1 juta

GEORGE TOWN – Lima premis perniagaan di kawasan ikon warisan Pulau Pinang, Jeti Chew, di sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Pegawai Operasi Zon 1, Daerah Timur Laut, Penolong Penguasa Bomba Rusli Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.08 pagi sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira dua minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan lima kedai termasuk bengkel kereta, kedai kimpalan, kedai barang lusuh dan kilang kayu. Operasi pemadaman masih dijalankan setakat 3 pagi, namun kebakaran telah berjaya dikawal dan tiada mangsa dilaporkan terlibat setakat ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata, tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan sebuah stesen minyak berhampiran selain mengelakkan api daripada merebak ke kawasan perumahan di sekitar lokasi kejadian.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Operasi pemadaman melibatkan kira-kira 30 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Jalan Perak dan Lebuh Pantai, selain dibantu kira-kira 17 anggota bomba sukarela, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan polis.

Rusli memaklumkan, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, seorang mangsa, Toh Aik Aun, 50, berkata, premis percetakan kemeja-T yang diusahakannya sejak kira-kira 30 tahun lepas musnah dalam kejadian itu.

“Sebenarnya terdapat ratusan helai pakaian pelanggan yang masih menunggu untuk disiapkan dan dihantar. Semua musnah,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Seorang lagi mangsa, Hong Jing Lian, 60, berkata, kedai mengecat kereta miliknya yang telah beroperasi sejak 1997 turut musnah dengan kerugian dianggarkan mencecah RM1 juta.

Beliau berkata, antara kenderaan yang berada di premis berkenaan ketika kejadian termasuk Suzuki Swift, Mercedes-Benz C-Class dan BMW.

Jeti Chew yang terletak di pesisir pantai bersejarah George Town merupakan jeti persaudaraan Cina terbesar dan antara yang tertua di Pulau Pinang.

Perkampungan rumah kayu di atas air yang terletak dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO itu menjadi kediaman turun-temurun masyarakat Cina sejak abad ke-19. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *