‘Kami belayar lagi’ – Freedom Flotilla Coalition umum misi baharu, sasar tiba di Gaza pada Oktober

ISTANBUL – Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengumumkan misi maritim antarabangsa baharu ke Semenanjung Gaza, dengan kapal-kapalnya akan singgah di beberapa pelabuhan Eropah sebelum meneruskan pelayaran dalam usaha untuk sampai ke wilayah itu pada Oktober ini, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Kami belayar sekali lagi kerana Israel belum menghentikan genosidnya dan Palestin belum bebas,” menurut gabungan itu dalam rayuan bagi mendapatkan sokongan antarabangsa.

Gabungan itu dalam satu kenyataan yang diterbitkan pada Rabu lalu memaklumkan misi berkenaan bertujuan mencabar sekatan Israel ke atas Gaza dan meningkatkan tekanan awam di seluruh Eropah.

Pelayaran itu sudahpun bermula dengan kapal Handala II milik gabungan berkenaan telah singgah di beberapa pelabuhan di Norway, Sweden serta Denmark sepanjang Jun dan Julai lalu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sebuah lagi kapal, Kate, berlepas dari bandar Bristol di Britain pada Ogos lalu sebelum singgah di Ireland, Jerman dan Perancis, menurut kenyataan itu lagi.

Kapal-kapal berkenaan dijangka singgah di beberapa pelabuhan di Sepanyol, Portugal dan Itali sebelum meneruskan pelayaran menuju ke Gaza, dengan gabungan itu merancang untuk tiba di wilayah berkenaan pada Oktober depan.

Menurut gabungan itu, misi berkenaan menghimpunkan pembela hak asasi manusia, aktivis kesatuan sekerja, wakil rakyat, wartawan, profesional perubatan serta penyokong hak rakyat Palestin yang lain.

Gabungan itu berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan komuniti tempatan untuk mendesak kerajaan supaya menyekat penghantaran senjata dan tenaga ke Israel, menamatkan kerjasama diplomatik dan ketenteraan dengan pihak berkuasa itu, serta mengenakan sekatan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“FFC belayar lagi kerana kerajaan kita terus gagal menunaikan kewajipan mereka.

“Di setiap pelabuhan, kami akan membawa tuntutan supaya rakyat Palestin bebas untuk hidup dengan bermaruah.

“Pada Oktober depan, kami berhasrat membawa tuntutan itu serta solidariti masyarakat di seluruh dunia ke pesisir Gaza,” kata ahli jawatankuasa pemandu gabungan itu, Zohar Chamberlain Regev.

Gabungan itu sekali gus menggesa kerajaan menuntut laluan yang selamat serta tanpa halangan bagi flotila berkenaan, dan menegaskan sebarang serangan, penyitaan atau penahanan pesertanya akan membawa akibat.

Ia turut menggesa akses segera dan tanpa sekatan ke Gaza serta penamatan sekatan Israel terhadap kemasukan makanan, air, ubat-ubatan dan bekalan keperluan asas lain.

Gabungan itu memaklumkan bahawa kerajaan perlu mempertahankan kebebasan pelayaran serta menggunakan langkah diplomatik, ekonomi dan perundangan untuk menamatkan sekatan berkenaan.

“Kami tahu pelayaran menuju Gaza membawa risiko yang serius.

“Namun, sikap berdiam diri dan tidak bertindak, membawa kesan yang jauh lebih besar terhadap rakyat Palestin serta dunia,” kata jurutera dari Maryland, Amerika Syarikat (AS), Edward Digilio yang menyertai inisiatif itu.

Beliau menyifatkan misi itu sebagai usaha yang ‘memperlihatkan nilai kemanusiaan bersama dan penolakan untuk menerima kemusnahan seluruh bangsa sebagai sesuatu yang normal.’

Gabungan itu memaklumkan bahawa tentera Israel menyerang dan menahan ratusan peserta flotila dalam misi terdahulu pada musim bunga 2026.

Menurut gabungan itu lagi, sukarelawan melaporkan mereka dipukul dengan teruk sehingga mengalami patah tulang dan luka tembakan, selain berulang kali dikenakan kejutan elektrik menggunakan senjata renjat serta mengalami serangan seksual ketika berada dalam tahanan Israel.

Gabungan itu turut mengimbau serangan Israel terhadap kapal Mavi Marmara ketika menuju ke Gaza pada Mei 2010, yang mengorbankan seramai 10 aktivis.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *