Polis kesan lapan individu bantu siasatan rusuhan di Genting Highlands

KUANTAN – Polis memburu lapan individu bagi membantu siasatan kes merusuh di Genting Club, Genting Highlands Sabtu lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, semua individu terbabit diburu hasil pemeriksaan lanjut terhadap kamera litar tertutup (CCTV) kelab itu.

Mereka ialah Lim Yong Sen, 43, beralamat terakhir di Taman Kempas Utama, Johor; Tay Kim Dar, 44, beralamat di Taman Sri Lalang, Kota Tinggi, Johor; Ong Jun Chuan, 39, dari Taman Desa Kempas, Johor; dan Ivan Koh Zhen Yee, 23, dari Taman Bayu Perdana, Klang, Selangor.

Turut dicari Khor Soon Tit, 24, beralamat di Taman Bakap Indah, Sungai Bakap, Pulau Pinang; Swe Kah Fai, 25, Pasir Bogak, Pulau Pangkor, Perak; Tan Chun Hou, 22, Taman Impian Indah Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang; dan Hos Yin Bin, 46, dari Pandan Jaya, Selangor.

Beliau berkata, polis sebelum ini menahan empat lelaki tempatan yang terlibat dalam kes berkenaan dan telah dituduh di Mahkamah Majistret Temerloh.

“Semua mereka mengaku bersalah dan diikat jamin RM2,200 sementara menunggu sebutan semula kes pada 17 April ini,” katanya.

Yahaya meminta orang ramai atau saksi bebas yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian dan suspek tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong menerusi talian 09-2222 222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – BERNAMA

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *