ABU DHABI – Penyerang Brazil, Malcom meledak dua kali ketika membantu Al-Hilal menewaskan Al-Ittihad 4-1 untuk menjuarai Piala Super Saudi di Abu Dhabi.
Skuad kendalian Jorge Jesus, yang mendahului Liga Pro Saudi dan masih memburu kejuaraan Piala Raja Saudi serta Liga Juara-Juara Asia, dalam misi merangkul empat kejuaraan musim ini.
Al-Hilal, yang memenangi gelaran Piala Super Super Saudi buat kali keempat dan melebarkan deretan kemenangan dalam semua pertandingan kepada 34 perlawanan, mendahului hanya selepas lima minit menerusi Malcom hasil gerakan satu dua dengan Saleh Al-Shehri.
“Ia perlawanan yang sukar, gembira dapat menjaringkan dua gol, dan kami teruja dapat meraih gelaran pertama musim ini. Kami masih ada trofi untuk diburu,” kata Malcom.
Abderrazak Hamdallah menyamakan kedudukan pada minit ke-21 selepas sepakan penaltinya diselamatkan penjaga gol Al-Hilal, Yassine Bounou.
Al-Hilal kembali mendahului permainan apabila As Salem Al-Dawsari melepaskan rembatan pada minit ke-44, Malcom menambah jaringan dan pemain gantian, Nasser Al-Dawsari melengkapkan kemenangan.
Al-Ittihad berpeluang membalas dendam apabila bertemu Al-Hilal sekali lagi pada aksi separuh akhir Piala Raja Saudi 30 April ini. – REUTERS
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!