BERITA UTAMA

Suami isteri pengawal keselamatan maut di CSR

KUALA LIPIS – Dua pengawal keselamatan maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 57, Jalan Lingkaran Tengah Utama (CSR) menghala ke Kuala Lipis, 5.30 petang tadi.

Dalam kejadian itu, Mazuan Mat Zin, 44, bersama pasangannya, Kisnawita Saad, 46, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangi mereka hilang kawalan lalu terbabas.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Ismail Man berkata, siasatan mendapati, mangsa yang menunggang motosikal Honda RS-X dalam perjalanan dari Kuala Krai, Kelantan untuk pulang ke rumah mereka di Sungai Buluh selepas selesai cuti Aidilfitri.

“Apabila tiba di tempat kejadian, penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tembok pembahagi jalan.

“Mangsa dan pembonceng tercampak dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataannya, malam ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – (Dipetik laporan BH)

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *