BERITA UTAMA

Yang di-Pertuan Agong solat sunat Aidilfitri di Istana Negara

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menunaikan solat sunat Aidilfitri di Istana Negara bersama Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Polis Negara dan pegawai kanan kerajaan.

Turut berangkat menunaikan solat sunat bersama para pembesar negara dan ketuaagensi kerajaan Persekutuan ialah KDYMM Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman turut hadir.

Solat sunat tadi dipimpin oleh Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Munir Md. Salleh.

Manakala di Bukit Aman pula, Timbalan KPN, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan isteri serta hampir 500 warga pasukan dengan orang awam menunaikan solat sunat Aidilfitri di dewan solat utama masjid.

Seusai itu, kedua-dua pucuk pimpinan pasukan itu memenuhi jemputan ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri 1445H di Dewan Santapan Utama, Istana Negara.

Selain menikmati juadah Aidilfitri yang disediakan, Razarudin bersama Zainah dan Ayob Khan turut beramah mesra serta bersalaman dengan tetamu yang hadir seusai majlis santapan yang berlangsung kira-kira dua jam.

Yang turut hadir, Pengarah Pengurusan, CP Datuk Seri Azmi Abu Kassim dan Ketua Pegawai Turus Istiadat PDRM, Superintendan Hammizamri Abdullah. – NasionalDaily

Kredit: Jurugambar Lans Koperal Bryan, Konstabel Azri dan PDRM RMP TV

 

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *