JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditemukan lemas selepas hilang ketika bermandi- manda di Pantai Tanjung Balau dekat Kota Tinggi hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan lelaki berusia 25 tahun itu pada jam 10.15 pagi.
“Mangsa dan ahli keluarganya dari Kota Tinggi datang ke pantai berkenaan sejak semalam dan berkhemah serta bermalam di situ.
“Bagaimanapun, mangsa dilaporkan hilang ketika sedang bermandi-manda di pantai pagi tadi sebelum ditemukan lemas oleh pasukan penyelamat pada jam 11.10 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Penawar Pegawai Bomba Kanan I KUP Faizal Ahmad dalam kenyataan berasingan berkata, mangsa ditemukan kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang. – (Dipetik laporan BERNAMA)
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!