BERITA UTAMA

Seorang maut, tiga cedera kereta bertembung

KUALA ROMPIN – Seorang maut dan tiga lagi mengalami kecederaan dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Dato’ Ibrahim, Kampung Tasik, dekat sini, hari ini.

Mangsa yang maut mengalami kecederaan parah akibat tersepit dalam kenderaan dinaikinya melibatkan Proton Persona dan Perodua Bezza dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Rompin telah menghantar sembilan anggota bersama sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan utiliti EMRS ke lokasi kejadian.

Komander Operasi Kanan, PPgB Afendi Ab. Halim berkata, kemalangan itu mengakibatkan seorang mangsa tersepit dalam kereta dan tiga yang lain mengalami kecederaan.

“Pasukan Bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan ’rescue tools’.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS,” katanya. – NasionalDaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *